Apa itu inflasi?

|

Assalamualaikum,

Allah berfirman di dalam Al-Quran


يَمْحَقُ اللّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللّهُ لاَ يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ
(سورة البقرة :276)


Tafsirnya: “Allah Ta’ala mengurangkan harta dari riba dan mencabut berkat dari harta riba, dan Allah Ta’ala menambah harta dengan bersedekah dan menyuburkannya, dan memberi pahala berganda-ganda pada sedekah dan Allah murka akan tiap-tiap orang kafir yang menghalalkan riba yang jahat dan Allah Ta’ala akan menyeksa akannya.”
(Surah Al-Baqarah : 276)


Bila mana manusia mula mengamalkan riba / interest maka Allah akan menarik berkat dari harta kita maka salah satunya terjadilah inflasi dalam sesebuah negara.

Apa itu inflasi ?



Secara umum inflasi membawa maksud kenaikan tingkat harga barang dan perkhidmatan secara umum dan terus menerus selama waktu tertentu .

Komponen Inflasi
Ada tiga komponen yang menunjukan inflasi sudah terjadi

1. Kenaikan harga
Harga suatu barang komoditi dikatakan naik jika menjadi lebih tinggi daripada harga bagi jangka masa sebelumnya.

2. Bersifat umum
Kenaikan harga suatu komoditi belum dapat dikatakan mengalami inflasi jika kenaikan tersebut tidak menyebabkan harga naik secara umum

3. Berlaku secara berterusan
Kenaikan harga yang bersifat umum tidak akan menyebabkan inflasi, jika terjadi dalam jangka waktu yang sekejab. Disebabkan hal ini, pengiraanya bersifat bulanan atau tahunan.


Hal inilah yang dinyatakan Allah di dalam Al-Quran di dalam ayat di atas, riba itu kesan akhirnya adalah kekurangan. Selagi mana kita berada di dalam sistem yang mengamalkan riba, masyarakat akan terus tertekan dengan keupayaan membeli yang sentiasa berkurangan.

Carta ini menunjukkan kadar inflasi dunia

Berdasarkan carta ini, apa yang dapat anda rumuskan? Kenapa kadar inflasi sesebuah negara itu begitu tinggi?

Ini halnya di dunia, hanya sekadar harga barangan yang terus meningkat. Allah memberi amaran kepada kita tentang balasan yang lebih perit di akhirat seperti mana firmanNya

Firman Allah Ta’ala:

وَاتَّقُواْ يَوْماً تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ
(سورة البقرة : 281)

Tafsirnya: “Takutilah kamu akan suatu hari yang kamu kembali kepada Allah iaitu Hari Kiamat, kemudian ditunaikan balasan ke atas segala diri akan segala usaha yang telah ia usahakan dari kebaikan dan kejahatan, dan mereka tiada dizalimkan di dalam balas-membalas itu dengan mengurangkan kebaikan mereka atau menambah kejahatan di atas kejahatan mereka yang telah lalu itu.”
(Surah Al-Baqarah : 281)


Maka marilah kita sama-sama berusaha untuk kembali kepada sistem yang tanpa riba. Antara langkah yang perlu diambil adalah, kembali kepada matawang dinar dan dirham. Matawang yang disebut Allah di dalam Al-Quran.

Bagi yang berminat, sila dapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai dinar dan dirham dipautan ini

Kepada yang ingin membaca lebih lanjut berkenaan inflasi / inflation, sila ke pautan ini

Kepada yang ingin mula untuk bertindak mula mendapatkan dinar, dirham, jongkong emas & perak, sila hubungi saya dengan email ke borongemas@gmail.com atau SMS / call 010-324 2055

GERAK!

0 comments: