Perbandingan Antara Pelaburan Emas dan Perak

|

Melihat kepada kenaikan harga komoditi ini, saya hanya ingin mengulas mengenai perbandingan antara peningkatan nilai untuk emas dan perak. Walau bagaimana pun, sesuatu yang patut kita perhatikan adalah, semua barang komoditi naik, inilah kesan daripada sistem ekonomi yang kita ada sekarang (wang kertas / fiat money), selagi mana kita tidak berbalik kepada sistem yang berasaskan kepada emas & perak, harga barangan akan terus naik. Perlu diingat, kenaikan harga komoditi mempunyai kesan yang amat rapat dengan kehidupan seharian kita.

Berbalik kepada emas dan perak, peningkatan nilai untuk emas (bandingan antara Januari 2009 sehingga sekarang) adalah 47%. Perak pula pada masa yang sama, naik sebanyak 93%. Hal ini sangat konsisten dengan hasil kajian & penulisan pakar-pakar yang mengatakan bahawa, harga perak sekarang adalah dibawah nilainya yang sebenar. Sekiranya anda ingin membaca lebih lanjut sila click link ini.

Melihat kepada situasi ini, apa tindakan anda sekarang ? Melihat sahaja atau mula untuk melabur di dalam logam perak ? Pilihan berada ditangan anda :)

0 comments: